Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value
RAKYAT khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun iaa ditentang oleh pengguna jalanraya.
Pas mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, kelohan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ia sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.

[RUANG BAGI PEMBACA BERI PANDANGAN: Sistem AES: Pandangan anda?]

Pas meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak. Bayangkan kalau hanya dalam masa lapan hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibedung, sudah pasti  ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.
Pas mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan,menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat