Tuesday, November 20, 2012

Zionis melakukan lagi penyembelihan(pembunuhan sekaligus) awal pagi ini di bandar Gaza.

Seawal jam 7.30 pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat melintasi Mc Donald Sri Gombak, kelihatan sebaris manusia sepanjang 50 meter sedang menunggu giliran untuk mendapatkan burger percuma McD. Apapun kita takkan mati kelaparan kalau tak makan McD...

Berita terbaru dari Palestin:

[05:50 - 06:20 pagi] Zionis melakukan lagi penyembelihan(pembunuhan sekaligus) awal pagi ini di bandar Gaza.

Serangan di Hayyu As-Zaitun membedil sebuah rumah yang menempatkan satu keluarga Abu Zour sewaktu nyenyak tidur, lalu mengakibatkan 4 syahid dan 35(sumber lain 38 orang) orang cedera.

Kemudian, pesawat tempur zionis melepaskan 4 peluru berpandu sekitar bangunan As-Saraya yang telah pun musnah. Api marak di tempat kejadian.
...

Sejuru selepas itu, sebilangan yang cedera telah dibawa ke hospital As-Shifa', bandar Gaza.

Dalam kejadian lain, menukil dari SAUTUL-AQSA, seorang penduduk, Al-Abd Muhammad Al Attar telah syahid selepas diserang ketikamana dalam perjalanan menuju ke market di sebelah utara Gaza.

Sumber:
19/11/2012, web berita Palestin

فإن تولوا فقل حسبي الله لا إله إلا هو، عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر إخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

:: Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love'(MAP) ::

-MZB-
 —

No comments:

Post a Comment