Saturday, December 15, 2012

Singapura kedua terbaik untuk khidmat teksi, jalan raya bersih, selamat

myMetro | Singapura kedua terbaik untuk khidmat teksi, jalan raya bersih, selamat: "SINGAPURA: Singapura menduduki tangga kedua untuk perkhidmatan terbaik teksi, jalan raya yang bersih dan jalan raya yang selamat dalam satu kaji selidik dijalankan laman pengembaraan TripAdvisor.

Kaji selidik bandar raya oleh TripAdvisor melihat bagaimana pengunjung dan masyarakat tempatan memberikan pendapat terhadap 40 bandar raya pelancongan utama, termasuk dari segi pengangkutan awam terbaik, keramahan masyarakatnya dan keramahan pemandu teksinya. Senarai 40 bandar raya itu disusun Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO) pada 2010, berdasarkan kepada negara yang menerima bilangan terbesar ketibaan pelawat antarabangsa.


Kaji selidik di Internet itu mengumpul lebih 75,000 maklum balas daripada pengunjung yang menulis pendapat mereka di laman TripAdvisor baru-baru ini terhadap bandar raya terbabit seperti Tokyo, Zurich dan Dubai. - AP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment