Sunday, December 16, 2012

Suami koma lepas doktor enggan telefon ambulans

Berita Harian | Suami koma lepas doktor enggan telefon ambulans:

Georgetown: Seorang doktor lelaki didakwa enggan menghubungi ambulans untuk menghantar seorang pesakit ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam kejadian di sebuah klinik di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru di sini, Sabtu minggu lalu.

Mangsa, seorang pemandu lori, Mohammad Rozi Ismail, 36, dikatakan mengalami kejang dan tidak sedarkan diri sejurus menerima suntikan penahan sakit daripada doktor bertugas selepas mengadu sakit perut di klinik itu pada jam 9.45 malam itu.

Jantung terhenti

Kegagalan menghubungi ambulans itu menyebabkan isteri mangsa, Azriatul Akma Taharim, 33, terpaksa memandu kenderaan sendiri selama hampir 30 minit ke HPP sebelum dimaklumkan jantung suaminya sudah terhenti agak lama menyebabkannya kini koma.

Azriatul Akma berkata, sebaik menerima suntikan berkenaan daripada doktor terbabit, mata suaminya terbeliak ke atas, badan mengalami kejang dan mulut berbuih menyebabkan keadaan klinik itu menjadi kelam-kabut.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment