Monday, December 10, 2012

Suspek serangan pejabat Konsul AS diberkas

Suspek serangan pejabat Konsul AS diberkas - Global - Sinar Harian:

Suspek serangan pejabat Konsul AS diberkas
Pejabat konsul AS di Benghazi jadi sasaran serangan selepas treler filem anti-Islam dimuat naik ke YouTube pada September lalu. Foto: Reuters
KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir, kelmarin, mengesahkan penahanan suspek kumpulan militan, rangkaian Al-Qaeda yang disyaki terlibat dengan serangan ke atas pejabat konsul Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, September lalu.

Menurut sumber keselamatan di Kaherah, Mohamed Gamal Abu Ahmed kini sedang disoal siasat berhubung penglibatannya dalam insiden yang turut menyebabkan Duta AS ke Libya, Christopher Stevens terbunuh bersama tiga pegawai lain.

Gamal ditahan semula tiga minggu lalu selepas dibebaskan dari penjara di negara tersebut pada 2011.

Difahamkan, beberapa ahli kumpulan itu termasuk warga Tunisia dan Libya dicekup selepas didakwa merancang untuk melancarkan serangan di Mesir, Oktober lalu. -  Reuters

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment