Wednesday, December 5, 2012

Telefon bimbit sasaran Zionis

myMetro | Telefon bimbit sasaran Zionis:

GAZA: Teknologi canggih satelit dan komunikasi dimiliki Israel membolehkan mereka mengesan pergerakan pemimpin Hamas berdasarkan telefon bimbit digunakan pejuang itu.
Seorang kakitangan hospital As Syifa’, Hamza El Iman, 34, berkata pemimpin Hamas seperti Ahmed Jaabari dan Tamer Al-hemry yang dibunuh baru-baru ini antara mujahid yang dapat dijejaki tentera Israel melalui telefon bimbit mangsa.

“Tentera Israel biasanya akan membuat panggilan telefon palsu kepada mangsa. Sebaik mangsa menjawab panggilan, roket dari jet pejuang F-16 Israel akan terus dilancarkan ke arah isyarat telefon bimbit itu diterima,” katanya.
Beliau mendakwa taktik itu semakin kerap digunakan kebelakangan ini selain kaedah ‘bom masa’ untuk membunuh penduduk Gaza secara beramai-ramai.

Menurutnya, penduduk Gaza kini tidak lagi berani melihat apa berlaku di luar rumah sebaik jet pejuang Israel menggugurkan bom.

“Ini kerana jet pejuang Israel biasanya akan menggugurkan bom di sesuatu lokasi sebelum beredar pergi. Penduduk berhampiran kawasan letupan akan keluar dari rumah untuk membantu mangsa yang cedera parah atau terkorban dalam serangan itu.
“Namun jet pejuang Israel itu tiba-tiba akan muncul mendadak lima minit kemudian dan akan menjatuhkan bom di lokasi sama sekali lagi. Serangan kali kedua ini akan menyebabkan ramai penduduk yang cuba membantu mangsa serangan pertama turut terkorban,” katanya.

Dia yang sudah merawat ratusan pesakit menyifatkan taktik peperangan itu sebagai keji kerana menjadikan orang awam serta kanak-kanak sebagai sasaran pembunuhan beramai-ramai.
“Saya menyaksikan sendiri serangan gila ini! Bumi Gaza menjadi sungai darah dan mayat bergelimpangan di mana-mana. Zionis mendakwa serangan lapan hari itu dilakukan untuk mempertahankan rakyatnya namun saya dapati kanak-kanak Gaza yang ramai menjadi mangsa.

“Adakah kanak-kanak dan bayi dibunuh ini ancaman kepada Zionis? Anda sendiri tahu jawapannya!” luahnya marah.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment