Friday, January 25, 2013

Tebusan di Algeria: Jepun hilang 10 rakyat



TOKYO 25 Jan. - Kerajaan Jepun semalam mengesahkan 10 rakyatnya terbunuh dalam krisis tebusan di Algeria, kejadian terburuk membabitkan rakyatnya selepas keganasan September 2001 di New York.
``Kami kini telah mengenalpasti kesemua mayat dan kesemuanya berjumlah 10 orang,’’ kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.
Sementara itu di Norway, Menteri Luarnya, Espen Barth Eide mendakwa pengganas yang menyerang kompleks pemprosesan gas di In Amenas, timur Algeria mendapat bantuan daripada mereka yang bekerja di kilang itu.
``Kami menerima laporan pengganas turut mempunyai `orang mereka’ yang bekerja di pusat itu sebagai contoh mereka telah mengatur kedudukan kelengkapan di kompleks itu,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130125/lu_09/Tebusan-di-Algeria-Jepun-hilang-10-rakyat#ixzz2IwbUXGDI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment