Tuesday, March 19, 2013

15 kereta kebal tiba


Lahad Datu: Lebih 15 kereta kebal jenis Adnan tiba di Felda Sahabat yang mampu mengharungi kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut dalam usaha memburu saki-baki pengganas Sulu yang masih bersembunyi di sekitar Tanjung Batu.

Panglima 1 Divisyen Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Datuk Zaki Mokhtar berkata, kehadiran kenderaan perisai roda berantai itu mampu mempertingkatkan kekuatan pasukan keselamatan.


“Kenderaan ini membantu memperkukuh dan seterusnya mendominasi Op Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu.

“Kehadiran kenderaan perlu kerana fizikalnya yang mampu mengharungi sebarang bentuk muka bumi,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam.


Menurutnya, tahap keselamatan anggota keselamatan lebih terjamin dengan adanya kenderaan perisai ini ketika mengahadapi sebarang pertempuran dengan musuh.


Difahamkan jentera berkenaan dibawa menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan berlabuh di Pelabuhan Tawau, malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment