21 paramedik bebas tuduhan
Kumpulan perubatan Bahrain menggesa pimpinan politik negara diterajui calon berwibawa.
MANAMA - Seramai 21 paramedik Bahrain, dibebaskan daripada pertuduhan melibatkan diri dalam protes anti kerajaan.
    
Kes terbabit bagaimanapun  diteruskan selepas dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah, semalam.

Kakitangan perubatan terdiri daripada doktor dan jururawat ditahan pihak berkuasa Bahrain selepas merusuh susulan pergolakan pimpinan Sunni yang memerintah negara Teluk pada 2011.

Kumpulan perubatan majoritinya pengikut Syiah didakwa mengambil bahagian dalam protes dan melanggar beberapa undang-undang lain yang melibatkan kedaulatan negara tersebut.

Sementara itu, peguam Abdulla al-Shamlawi berkata, mahkamah mengeluarkan surat pembebasan tetapi tetap mengenakan tuduhan terhadap dua individu yang gagal hadir untuk dibicarakan menurut laporan AP.