Sunday, March 24, 2013

MARI KITA MEMBINA RUMAH DI SYURGA

Ramli Joned

Abu Ayyub al-Ansari r.a. berkata bahawa PADA MALAM ISRAK, Baginda Nabi S.A.W. berlalu melintasi NABI IBRAHIM A.S... Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Jibrail: "Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibrail?"... Jibrail menjawab: "Ini Muhammad"...

Nabi Ibrahim lalu berkata: "WAHAI MUHAMMAD, PERINTAHKAN UMATMU UNTUK MEMPERBANYAK MENANAM POKOK DI SYURGA, SEBAB TANAHNYA SANGAT SUBUR dan kawasannya sangat luas".
Nabi S.A.W. bertanya: "Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?"...

Nabi Ibrahim menjawab: " Ucapkan kalimat `LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"... (Maksudnya : Tiada daya upaya dan kekuatan [untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan sesuatu yang manfaat] selain Allah S.W.T.)... (HR Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban)...

SYURGA IALAH TEMPAT KEDIAMAN TERAKHIR untuk hamba-hamba Allah yang beriman dan berbakti... Hadith di atas mengisyaratkan, bahawa KITA SENDIRILAH YANG AKAN MEMBANGUNKAN TEMPAT KEDIAMAN TERSEBUT, lengkap dengan tanam-tanaman... SESIAPA YANG MENGINGINKAN RUMAH YANG MEGAH, DAN DENGAN TAMAN-TAMAN YANG INDAH DI SYURGA, DIA BOLEH MENEMPAHNYA DAN MEMBINANYA DARI SEKARANG (SEMASA DI DUNIA INI)...

HARGA YANG DIMINTA bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, AKAN TETAPI AMAL SOLEH DAN ZIKIR yang kita lakukan... Amalan inilah yang akan menjadi bahan untuk pembinaan rumah-rumah di syurga.....

Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi: "Aku mendengar bahawa SYURGA DIBANGUNKAN DENGAN ZIKIR... Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti juga malaikat yang bekerja membangunkannya... Apabila mereka ditanyakan: "Mengapa kamu berhenti berkerja?". Mereka menjawab: "Kami sedang menunggu bahan-bahannya"....

PADA SAAT INI, SEMUA PARA PEKERJA BINAAN ITU SEDANG GIAT BEKERJA.... Apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya..

No comments:

Post a Comment