Friday, March 1, 2013

rahsia kekuatan Khilafah Uthmaniyyah

FIQH AL DAULAH : Antara rahsia kekuatan Khilafah Uthmaniyyah yang bertahan selama lebih 700 tahun ialah gabungan kekuatan dua institusi penting kenegaraan iaitu umarak dan ulama. Umarak iaitu Khalifah amat menghormati nasihat ulama, dan ulama pula tiada takut untuk menyatakan yang benar. Sheikh Edebali menjadi ulama kepada Ertoghrul dan Osman Ghazi,pendiri Khilafah Uthmaniyyah, Emir Sultan membimbing Bayezid Yildirim, Haji Bayram Veli,ulama kepada Murad II dan Akshemseddin pula menjadi pembimbing utama kepada Sultan Muhammad al-Fatih, pembuka kota Constantinople (Istanbul). Para ulama ini hanya takut pada ALlah, dan menasihati Sultan secara benar adalah amanah yang tidak boleh diambil mudah walaupun terpaksa menanggung risiko 'murka' Sultan. Murka ALlah yang lebih di takuti.

No comments:

Post a Comment