Sudah banyak pendedahan dan bukti dikemukakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu membabitkan tuntutan royalti minyak bagi negeri Kelantan.
Malah, isu itu turut dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan keadilan sewajarnya buat Kelantan dan rakyat seluruhnya.
(Cover buku Royalti: Amanah Dikhianati yang ditulis Datuk Husam Musa)
Namun, kerajaan pusat yang bertanggungjawab mengagihkannya melalui Petronas enggan berbuat demikian dan terus-menerus menafikan hak rakyat negeri itu.
Inilah yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa melalui buku terbarunya, 'Royalti: Amanah dikhianati' yang kini mula berada di pasaran.
Menurut buku itu, pada 15 November 1974, Dewan Rakyat diberitahu bahawa semua negeri, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki Akta Kemajuan Petroliam, 1974.
Selangor, kemudiannya dimaklumkan turut bersetuju menandatangani perjanjian tersebut.
Mengikut perjanjian tersebut, tiap-tiap negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-gensi ataupun kontraktor-kontraktornya.
Perkara di atas dipertegaskan sendiri Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Husin ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang yang ketika itu ahli parlimen Petaling Timur.
Itulah kata-kata pengasas Petronas, yang diucapkan di Dewan Rakyat yang mulia, yang sewajarnya kejujuran seorang negarawan tidak dinodai.
Apatah lagi jika ia dinodai oleh anaknya sendiri, yang merupakan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah asas yang termaktubnya sebuah persetujuan, di mana perjanjian penyerahan hak petroleum oleh negeri-negeri kepada Petronas dengan janji manis di bayar wang tunai lima peratus. Soalnya, di mana janji itu?
Tiga dokumen penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum oleh negeri Kelntan, kerajaan persekutuan dan Sabah mendapati setiap patah perkataan dan ayatmya sama.
Sama ada yang ditandatangani oleh Kelantan, kerajaan persekutuan dan negeri Sabah atau mana-mana negeri di Malaysia.
(Muka belakang buku Royalti: Amanah Dikhianati)
Ia termasuk dokumen akuan pembayaran tunai lima peratus sebanyak dua kali setahun oleh Petronas kepada kerajaan-kerajaan negeri atas pengeluaran petroleum negeri terbabit.
Namun, Kelantan dilayan secara berbeza berbanding negeri-negeri lain sedangkan ia merujuk kepada satu akta yang sama.
Berdasarkan ketiga-tiga dokumen tersebut, semua pihak baik kerajaan negeri atau persekutuan hanya layak menerima lima peratus bahagian masing-masing.
Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan dibayar lima peratus bahagian Kelantan dan Terengganu oleh Petronas, selain pembayaran tunai lima peratus yang sepatutnya dibuat dua kali setahun yang dipegang kerajaan pusat.
Hakikatnya dokumen-dokumen berkenaan mendedahkan amalan pecah amanah yang jelas, yang dilakukan kerajaan kepada Kelantan.
Selain dokumen-dokumen yang dinyatakan ini, lebih banyak dokumen lain yang menunjukkan mengapa Kelantan wajar diberikan hak royaltinya yang akan di.
Buku 'Royalti: Amanah Dikhianati' tulisan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ini merungkai lebih banyak dokumen-dokumen berkaitan dalam usaha membawa kembali hak rakyat Kelantan.
Buku ini boleh didapati di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dengan harga RM10 senaskhah. Sila hubungi 013-2728804 untuk mendapatkan buku ini.
No comments:
Post a Comment