Saturday, May 4, 2013

Sembilan polis maut di utara Iraq



04/05/2013 12:57am

MOSUL, Iraq - Sembilan anggota polis dan empat lelaki bersenjata maut dalam satu pertempuran yang berlaku semalam, manakala sekurang-kurangnya enam maut dalam satu letupan bom kereta berdekatan masjid puak Syiah, kata beberapa pegawai.
Bedilan mortar di kawasan pertempuran turut menyebabkan tujuh anggota polis cedera, kata polis dan doktor.
Di bandar Rashidiyah, utara Baghdad, sebuah bom kereta meletup berhampiran masjid Al-Ghufran, membunuh sekurang-kurang lima orang dan mencederakan 30 yang lain.
Sebutir bom yang meletup di tepi jalan turut membunuh kapten polis di Baiji. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0504&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz2SHSkBMHQ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment