Sunday, June 30, 2013

8 terbunuh di selatan Thailand

8 terbunuh di selatan ThailandAnggota keselamatan melakukan siasatan letupan di Krongpinang.
BANGKOK - THAILAND. Lapan terkorban selepas sebutir bom meletup di tepi jalan di Krongpinang, daerah wilayah Yala, selatan Thailand, awal pagi semalam.

Jurucakap Tentera Kolonel Pramote Promin berkata, mereka yang terbunuh termasuk dua orang awam.

“Letupan berlaku ketika trak tentera itu dalam perjalanan pulang ke pangkalan  selepas menjalankan kawalan keselamatan di bandar berkenaan,” katanya dipetik AFP

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan kedai berhampiran musnah dan rosak teruk.

No comments:

Post a Comment