Tuesday, July 16, 2013

Aset 14 anggota Ikhwanul Muslimin dibeku

Aset 14 anggota Ikhwanul Muslimin dibeku
ElBaradei mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden sementara untuk hubungan luar di hadapan Presiden sementara, Adly Mansour (kanan) di Kaherah, kelmarin.
KAHERAH - MESIR. Pendakwa raya Mesir, kelmarin mengarahkan pembekuan aset milik 14 anggota gerakan Ikhwanul Muslimin menjelang kunjungan wakil Amerika Syarikat (AS), Bill Burns selama tiga hari ke negara itu.

AFP difahamkan, tindakan itu adalah sebahagian daripada proses siasatan diarahkan pendakwa raya, Hisham Barakat melibatkan sembilan pemimpin gerakan termasuk Presiden Mohammed Mursi dan Mursyidul Am, Mohamed Badie.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri sementara, Hazem el-Beblawi melantik bekas Duta Mesir ke Washington, Nabil Fahmy, 62, sebagai Menteri Luar sementara.

Pemimpin liberal, Mohamed ElBaradei, 71, pula dilaporkan turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Presiden sementara.

Sebelum ini, Ikhwanul Muslimin berkeras untuk tidak menyertai kerajaan baru pimpinan Hazem yang didakwa akan memulihkan keselamatan dan melancarkan proses pentadbiran bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Parlimen dan Presiden pada tahun depan.

No comments:

Post a Comment