Wednesday, July 10, 2013

Bekas jurubahasa tentera AS ditahan

Bekas jurubahasa tentera AS ditahanFoto menunjukkan sembilan lelaki yang hilang dan ditemui mati berdekatan pangkalan tentera AS dalam wilayah Wardak.
KABUL - AFGHANISTAN. Seorang bekas jurubahasa untuk pasukan ketenteraan khas Amerika Syarikat (AS), dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan misteri sekurang-kurangnya sembilan warga tempatan ditahan, semalam.

Dipetik PressTV, Lembaga Pengarah Kebangsaan mendedahkan, lelaki berkerakyatan Afghanistan-AS, Zakaria Kandahari, ditahan di selatan Kandahar di bawah dakwaan melakukan penyeksaan dan membunuh rakyat tempatan.

Zakaria sebelum ini bertugas di bawah ketenteraan AS dalam wilayah Wardak.

"Sembilan orang disahkan hilang dalam November lalu dan mayat mereka ditemui berdekatan pangkalan tentera AS di daerah Nerkh pada 2 Jun 2012.

"Dalam pertengahan Mei, pihak berkuasa sekali lagi menjumpai rakaman video menunjukkan Zakaria sedang menyeksa mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Afghanistan menuduh anggota tentera AS sebagai suspek utama pembunuhan sekaligus melindungi Zakaria daripada ditahan.

Bagaimanapun, pihak ketenteraan AS menafikan dakwaan itu.

Sejak awal 2013, protes tercetus membabitkan dakwaan masalah yang timbul di Wardak berpunca daripada operasi skuad pembunuh yang didalangi AS.

AS bersama sekutunya menyerang Afghanistan dalam Oktober 2001 sebagai salah satu operasi menghapuskan pengganas. 

No comments:

Post a Comment