Friday, July 12, 2013

Majoriti umat Islam mula berpuasa


Seorang wanita Mesir berjalan melintasi deretan lampu hiasan dipanggil Fanoos Ramadan, yang dijual sempena kedatangan bulan puasa di Kaherah, kelmarin. - REUTERS
PARIS 10 Julai - Kebanyakan umat Islam di seluruh dunia mula berpuasa hari ini sempena Ramadan.
Tetapi terdapat beberapa negara memulakan puasa Ramadan lebih awal, semalam termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Syria, Mesir, Kenya, Georgia, Palestin dan beberapa negara Eropah.
Bagaimanapun berbeza pula di Perancis, apabila umat Islam di negara ini masih belum memulakan ibadat berpuasa kerana mereka masih menunggu anak bulan yang masih belum dapat dilihat dengan mata kasar berdasarkan kaedah saintifik.
Penduduk Islam yang tinggal di utara pinggir bandar Paris dan Lyon berkata, mereka akan menunggu sehingga hari ini untuk memulakan puasa, walaupun gagal melihat anak bulan.
Sementara itu, kira-kira 400,000 penduduk Islam di Chicago memulakan puasa hari ini, dan bukannya semalam seperti yang diumumkan oleh pihak berkuasa Amerika Utara.
Pertelingkahan berkaitan penetapan awal Ramadan dalam kalangan masyarakat Islam masih berterusan sampai hari ini di beberapa negara, walaupun ulama cuba menyelesaikan masalah itu sejak beberapa dekad lalu.
Pihak berkuasa memutuskan pengiraan astronomi boleh menentukan permulaan Ramadan, tetapi banyak umat Islam menegaskan bahawa ia tidak boleh dilakukan sehingga kelihatan anak bulan, amalan yang dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad SAW.
"Ia memenuhi amalan yang dilakukan Nabi Muhammad SAW," kata Sayeed Shariff, salah seorang Jawatankuasa Hilal di Chicago yang sanggup menunggu sehingga lewat pagi untuk melihat anak bulan, semata-mata bagi membantu masyarakat Islam Chicago menentukan tarikh sebenar berpuasa.
Pada 2006, panel yang memberi jaminan bahawa penglihatan fizikal anak bulan tidak lagi diperlukan bagi menetapkan permulaan awal Ramadan, bulan kesembilan dan bulan paling suci dalam taqwim Islam. - AFP/ REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130711/lu_05/Majoriti-umat-Islam-mula-berpuasa#ixzz2YmndUI00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment