Friday, July 19, 2013

Pelajar Islam anggotai Lembaga Universiti AS

Pelajar Islam anggotai Lembaga Universiti AS
Sadia dipilih sebagai anggota senat Lembaga Universiti AS.
SAN FRANCISCO - Kumpulan pelajar Yahudi menyelar keputusan Lembaga Universiti Amerika Syarikat (AS) apabila melantik seorang pelajar wanita Islam menganggotai lembaga universiti di negara itu.

Dipetik Press TV, kumpulan terbabit mendakwa, pelajar UC Berkely, Sadia Saifuddin tidak layak dipilih sebagai ahli senat kerana beliau adalah ahli Persatuan Pelajar Islam AS yang terbabit dalam aktiviti politik dan keganasan.

Pengarah Stand With Us, sebuah organisasi penyokong pendidikan Israel, Roberta Seid mendakwa, Sadia pernah menggesa supaya menolak dana dari syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel.

"Beliau juga pernah mengutuk keputusan kumpulan pensyarah UC Santa Cruz selepas mengaitkan Persatuan Pelajar Islam melakukan keganasan dan hasutan perkauman serta merupakan individu penting dalam gerakan kempen anti-Israel," katanya.

No comments:

Post a Comment