Sunday, July 28, 2013

Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya

Ketika ditemubual secara langsung oleh Al Jazeera sebentar tadi, Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah berkata bahawa As Sisi telah melanggar perjanjiannya dan menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai pengganas, malah telah meminta rakyat untuk memberikannya mandat untuk menghapuskan ‘keganasan’ di Mesir.

Dan beliau juga berkata bahawa ‘pengganas’ pada mata As Sisi ialah mereka yang menentang rampasan kuasa ke atas presiden yang dilantik secara sah. Mereka juga telah berselindung di sebalik pendirian ini. Dia (As Sisi) juga menganggap mereka semua telah melanggar undang-undang serta melabel mereka sebagai pengganas. Justeru dia telah menyeru kepada semua rakyat supaya memberikannya mandat untuk berhadapan dengan ‘para pengganas’ ini.

Sesungguhnya telah jelas terbukti kepada dunia apa yang tersembunyi di sebalik kejadian yang berlaku. As Sisi telah lupa bahawa terdapat 35 buah medan yang telah menolaknya manakala yang menyokongnya hanya di 2 buah medan (Tahrir dan Ittihadiyah). Sebagai akibat, dia telah mengambil kuasa untuk melakukan sesuka hatinya. Seruan As Sisi kepada rakyat untuk memberikannya kuasa dan mandat untuk menyokongnya dijadikan alasan untuk menyingkirkan para penyokong Dr Mursi yang berhimpun secara aman.

Beliau (Sheikh Yusuf Al Qaradhawi) juga berkata bahawa para wartawan di Mesir merupakan para pembohong. Media di Mesir langsung tidak menyiarkan apa-apa liputan di 35 buah medan yang menentang rampasan kuasa. Berjuta-juta rakyat Mesir ini dimanipulasi sepenuhnya oleh media yang tidak bertanggungjawab dan ianya harus dihentikan setelah apa yang berlaku.

Dan beliau telah menutup bicaranya dengan berkata: “Kita tidak pasti apakah yang menjadikannya (Abdul Fattah As Sisi ) binatang yang bertopengkan manusia (kejam) terhadap para Muslimin yang tidak bersenjata.”

Sumber : Rassd
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment