Monday, August 19, 2013

[Berita Kudeta : Fitnah dan Propaganda]



Akhbar : Utusan
Edisi : Sabtu, 17 Ogos 2013

..........

Pelampau punca Mesir bergolak

KAHERAH 17 Ogos - Mesir disifatkan sedang berdepan perang yang dicetuskan kumpulan pelampau dan kerajaan akan menggunakan pendekatan keselamatan bagi mengekang usaha kumpulan tersebut yang mahu mengucar-ngacirkan negara, kata penasihat Presiden sementara Mesir, Mostafa Hegazy.

Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen rasmi kerajaan, Egypt State TV, Mostafa yang mewakili Presiden sementara, Adly Mansour berkata, apa yang berlaku di Mesir kini bukanlah satu perbalahan dalam negara, sebaliknya berpunca daripada tindakan keganasan.

"Anggota pasukan keselamatan diserang, diseksa dan dibunuh. Itulah realiti yang berlaku di Mesir ketika ini," katanya.

Jelas beliau lagi, penduduk Mesir mengadakan bantahan besar-besaran pada 30 Jun lalu iaitu beberapa hari sebelum penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi, adalah untuk menyatakan protes terhadap golongan berfahaman teologi dan fasis agama.

Katanya, demonstrasi itu dilaksanakan kerana rakyat merasakan hak asas mereka dinafikan selain pendekatan melampau yang digunapakai ketika pemerintahan Mursi.

Mostafa dalam pada itu terus mempertahankan tindakan kekerasan anggota keselamatan yang disifatkan telus kerana ia berlaku di hadapan kamera dan berperikemanusiaan.

Beliau turut melahirkan kekesalan di atas laporan berat sebelah media-media asing yang tidak melaporkan keadaan sebenar di Mesir antaranya insiden 50 buah gereja yang didakwa dibakar oleh pengikut pro-Mursi. - AGENSI

..........

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." [Al Hujurat : 6]

‪#‎mesirkini‬
 

No comments:

Post a Comment