Saturday, August 3, 2013

JAKIM mahu Chetz dihukum

JAKIM mahu Chetz dihukumMaznah dibawa keluar selepas dibebaskan di Mahkamah Majistret Segamat, semalam. - Foto Ahmad Ismail

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu JAKIM diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada pengawal keselamatan dan pendakwah bebas di sini semalam.


Menyentuh sensitiviti

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata SKMM akan merujuk kes itu kepada JAKIM kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum diklasifikasi sama ada menghina agama atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment