Saturday, August 31, 2013

Kereta buruk rumah dua beradik



MOHD. SYAWAL HAIRI (kanan) mengemas barangan miliknya di dalam kereta buruk sambil diperhatikan Elias ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah semalam.


SUNGAI PETANI - Kesengsaraan hidup dua beradik, Mohd. Syawal Hairi Aziz, 18, dan Elias, 14, yang tinggal di Bakar Arang di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Ini kerana mereka bukan sahaja terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup tetapi turut menjadikan sebuah kereta usang sebagai rumah untuk berteduh sejak dua tahun lalu.
Nasib malang dua beradik itu bermula apabila rumah sewa didiami bersama bapa dan ibu mereka, Aziz Md. Noor, 40, dan Basirah Abu Bakar, 36, di Pengkalan Lebai Man di sini terbakar tiga tahun lalu.
Menurut Mohd. Syawal Hairi, sejak itu, kehidupan mereka sekeluarga mengalami pelbagai masalah terutama daripada segi kewangan sehingga membawa kepada perpisahan ibu bapa mereka.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2dVvI9yYb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment