Friday, August 23, 2013

Tawar buah pinggang untuk bayar yuran belajar


Malang: Lima penuntut Fakulti Sains Sosial dan Politik Universiti Brawijaya menawar buah pinggang mereka dalam usaha untuk memperoleh wang bagi membayar yuran pendidikan, sekali gus membolehkan mereka meneruskan pengajian.

Pelajar itu menawarkan demikian selepas permintaan untuk menangguhkan bayaran yuran ditolak oleh pihak universiti.


Mereka adalah antara 30 pelajar yang mengadakan tunjuk perasaan di depan pejabat rektor universiti, semalam.

Seorang daripada mereka, Megawati berkata, dia sudah menjual telefon bimbit dan komputer riba untuk membantu melunaskan hutang tertunggak memandangkan ibu bapanya hanya menjual kelapa di Jawa Timur, gagal mendapatkan pinjaman untuk membayar kos pengajiannya.\ Megawati dan rakannya, Devi Pratiwi menawar menjual organ mereka bagi membayar yuran pendidikan sebanyak Rp1.8 juta dan yuran kemudahan berjumlah Rp8 juta.


“Rayuan saya untuk menunda bayaran itu mulanya diterima. Tetapi pejabat kewangan universiti kemudian menolaknya. Mereka berkata, hutang di kalangan pelajar sudah mencecah Rp12 bilion,” kata Megawati.


Pejabat terbabit mencadangkan dia meminjam daripada Bank Mandiri walaupun hari ini adalah hari terakhir untuk menjelaskan bayaran itu.

Bagaimanapun, Megawati menganggap cadangan itu tidak masuk akal kerana kadar faedah yang tinggi yang dikenakan bank itu.


Devi yang berdepan dengan masalah sama berkata dia sudah bersedia untuk hidup dengan satu buah pinggang saya. - Agensi

No comments:

Post a Comment