Monday, September 23, 2013

75 maut letupan luar gereja


Peshawar: Dua penyerang bunuh diri meletupkan bom di luar sebuah gereja terkenal di barat Pakistan semalam menyebabkan 75 terbunuh dan 110 lagi cedera dalam serangan terburuk dalam minoriti Kristian di negara itu.

Pergerakan Taliban Pakistan mendakwa bertanggungjawab atas pengeboman di bandar ini dan berikrar menyasarkan penduduk bukan Muslim hingga Amerika Syarikat berhenti melakukan serangan pesawat kawalan jauh di kawasan sempadan negara itu.
Serangan terbaru pesawat kawalan jauh berlaku semalam apabila bedilan terhadap beberapa kawasan di Waziristan Utara menyebabkan enam suspek militan maut, kata pegawai perisikan.

Serangan terhadap Gereja ‘All Saints’ turut mencederakan 110 orang yang menunjukkan ancaman pergerakan Taliban Pakistan ketika kerajaan mengusahakan perjanjian damai dengan militan itu.

Ia tentu menyebabkan pihak yang mengkritik langkah berunding dengan pergerakan itu sebagai kesilapan besar.

Serangan itu berlaku ketika beratus-ratus orang sedang keluar dari gereja di daerah Kohati Gate untuk mendapatkan makanan percuma di depan, kata pegawai kanan kerajaan negeri, Sahibzada Anees.

“Beberapa letupan berlaku dan keadaan kacau-bilau,” kata Nazir John yang ada bersama 400 penganut lain.
“Apabila saya kembali rasa baik sedikit, keadaan berasap, berdebu, darah di sana-sini dan ramai yang menjerit. Saya nampak beberapa organ badan dan darah,” katanya.

Mangsa yang terselamat menangis dan berpelukan dengan orang lain selepas letupan itu.

Dinding putih gereja itu yang mula dibuka lewat 1800 penuh dengan lubang disebabkan objek logam dalam bom berkenaan yang bertujuan menyebabkan kemusnahan.
AP

No comments:

Post a Comment