Wednesday, September 4, 2013

Harga minyak naik demi kepentingan kewangan negara: Taib


KUCHING: Keputusan kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel dibuat demi kepentingan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat Perdana Menteri itu juga adalah keutamaan tepat untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara.
"Kerajaan tidak mempunyai pilihan, daripada kita menghadapi masalah kedudukan kewangan lebih besar, lebih elok kita turunkan subsidi sikit.

"Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN), Petra Jaya, hari ini.

Abdul Taib berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan menaikkan harga minyak RON 95 and diesel naik 20 sen mulai 3 September.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment