Saturday, September 7, 2013

Presiden Pakistan sedia letak jawatan

Presiden Pakistan sedia letak jawatan
Asif Ali Zardari


ISLAMABAD - PAKISTAN. Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari mengumumkan meletak jawatan Ahad ini, selepas lima tahun memegang tampuk pimpinan negara itu.

Media melaporkan kepada AFP, ahli perniagaan Mamnoon Hussain merupakan sekutu rapat Perdana Menteri Nawaz Sharif bakal menggantikan tempat beliau.

“Keputusan itu adalah tindakan diharapkan oleh seluruh rakyat Pakistan ketika negara berhadapan kegawatan ekonomi dan ancaman keganasan," menurut laporan itu.

Sepanjang pemerintahannya, beliau pernah dipenjarakan 11 tahun kerana rasuah.

Enam tahun selepas isterinya, Benazir Bhutto dibunuh, beliau adalah satu-satunya individu masih kekal dalam pentadbiran kerajaan.

No comments:

Post a Comment