Saturday, September 14, 2013

Protes Turki merebak ke dua bandar

Protes Turki merebak ke dua bandarRatusan peserta protes berhimpun di Taman Gezi, Istanbul.

ANKARA - TURKI.14 September 2013 Pertempuran antara penunjuk perasaan anti-kerajaan dan anggota keselamatan kini merebak ke dua bandar utama di Ankara dan Istanbul, Turki.

Media tempatan Press TV melaporkan, pertempuran kini memasuki hari keempat dan bertambah sengit apabila kumpulan anti kerajaan bertindak menyerang polis bagi menuntut bela kematian seorang pelajar universiti Ahmed Atakan, 22 yang terbunuh, Khamis lalu.

“Pasukan keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan demonstrasi ganas di kedua-dua bandar itu selepas mereka bertindak melempar bom petrol dan mercun ke arah polis,” memetik laporan itu.

Sementara itu, pegawai keselamatan berkata, Ahmed disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari bumbung bangunan ketika bertempur dengan anggota keselamatan.

Kematian Ahmed adalah keenam direkodkan sejak tercetusnya demonstrasi anti-Ankara dalam usaha menuntut kerajaan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan meletak jawatan sejak Jun lalu. 

No comments:

Post a Comment