Tuesday, September 3, 2013

Taliban serang pangkalan AS

Taliban serang pangkalan ASSekumpulan tentera Nato memeriksa kawasan letupan di Torkham.

KABUL - PAKISTAN. Sekumpulan pengebom nekad bertindak menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) berhampiran sempadan Pakistan, semalam.

Pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mendakwa, kumpulan pengebom terbabit dipercayai membawa pelbagai bahan letupan dan senjata selain menutup laluan utama yang selalu digunakan petugas Nato di kawasan Torkham.

“Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di kawasan tersebut dan tiada anggota terbunuh,” katanya  dalam laporan AP.

Bagaimana pun, sehingga kini tiada maklumat kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, jurucakap gabenor wilayah Nangarhar Ahmad Zia Abdulzai berkata, ketika kejadian, tentera AS dan Afghanistan ada berbalas tembakan dengan kumpulan militan terbabit.

“Susulan kejadian itu, lebuh raya antara bandar dan Jalalabad Torkham yang merupakan laluan penting untuk trak bekalan Nato ditutup serta merta,” katanya.

No comments:

Post a Comment