Sunday, October 27, 2013

Bekas pegawai CIA cap Snowden pengkhianat

Bekas pegawai CIA cap Snowden pengkhianat
Edward Snowden 
WASHINGTON: Tindakan Edward Snowden membocorkan maklumat membantu musuh Amerika Syarikat selain pembocoran paling serius dalam sejarah negara itu, kata bekas pegawai nombor dua Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam temubual kelmarin.

Michael Morrell yang pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah dan pemangku pengarah CIA, memberitahu program ‘60 Minutes’, pendedahan bekas kontraktor risikan itu menjejaskan usaha mengesan ancaman keganasan.
“Snowden meletakkan rakyat Amerika pada risiko tinggi kerana pengganas belajar daripadanya dan akan lebih berhati-hati.


“Kita tidak akan dapat maklumat sulit sepatutnya,” kata Morrell yang baru meletak jawatan selepas 33 tahun berkhidmat dengan CIA.

Snowden membayangkan dirinya risau dengan pengintipan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) terhadap perbualan dan intipan lain tetapi Morrell menganggapnya pembelot.

“Saya rasa ini adalah kebocoran paling serius membabitkan maklumat rahsia dalam sejarah Amerika,” katanya.

Tindakan terburuk Snowden ialah mendedahkan bajet perisikan atau ‘buku hitam’ kegiatan risikan, kata Morrell. - AFP

No comments:

Post a Comment