Wednesday, October 30, 2013

China pamer armada kapal selam nuklear



GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan barisan anggota tentera laut berdiri di atas badan sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik tentera laut China di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.- AFP


BEIJING - China mempamerkan armada kapal selam nuklearnya, lapor media pemerintah negara berkenaan semalam.
Media pemerintah melaporkan langkah tersebut penting untuk membuktikan bahawa China berupaya melancarkan serangan ketika ketegangan serantau semakin memuncak.
Menurut akhbar Global Times, kapal selam berkuasa nuklear China yang pertama dilancarkan pada tahun 1970-an.
"China memiliki keupayaan melancarkan serangan nuklear sekunder," menurut akhbar berkenaan di laman editorialnya semalam.
"Sebahagian negara tidak menimbang faktor ini dengan serius apabila menggubal dasar mereka mengenai China," tambahnya.
Laporan media itu memberi tumpuan pada kapal selam nuklear lama iaitu kelas Xia berbanding armada kelas Jin yang lebih baharu.
Kapal selam nuklear pertama China ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini selepas beroperasi lebih 40 tahun.
Pameran kuasa ketenteraan itu dibuat ketika hubungan negara itu dengan Jepun semakin dingin berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Senkaku yang dituntut oleh China.
Beijing menggelarkan gugusan pulau itu sebagai Diaoyu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2j9DydzXm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment