Tuesday, October 29, 2013

CIA intip 7.8 bilion panggilan di Arab Saudi


2013/10/29
Riyadh: Hos perpustakaan digital, Cryptome, yang dicipta oleh Amerika Syarikat sebagai gudang bagi dokumen dan bahan sulit mendedahkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengintip 7.8 bilion panggilan di Arab Saudi.

Laporan Cryptome menyatakan Arab Saudi menjadi sasaran operasi pengintipan selain beberapa negara lain di Asia Barat dan Asia.
Akhbar Arab News gagal menghubungi pegawai di Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat Arab Saudi untuk mendapatkan komen berhubung pendedahan itu.

Bagaimanapun, pakar teknologi maklumat yang bekerja di pengendali telekom utama, yang mengenalkan diri sebagai R K Hussain, berkata pemantauan ke atas panggilan telefon, walaupun tidak beretika, kerap dilakukan agensi perisikan pelbagai negara termasuk Amerika.

Lebih murah, mudah
Hussain berkata, banyak sasaran panggilan antarabangsa menerusi pengendali Amerika kerana lebih murah dan mudah.

Panggilan telefon, mesej emel atau ruang sembang menjadi laluan paling murah, menjadikan ia mudah dipantau.
“Namun ada kawalan ke atas pemantauan telefon atau membuat rakaman, yang boleh digunakan mengelakkan kebocoran,” katanya.

Laman web Cryptome menyatakan, 124.8 bilion operasi pengintipan dibuat oleh Amerika pada skala global sejak Januari 2013, termasuk Arab Saudi, Jordan, Iraq, Mesir, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Laporan menyatakan Mesir menjadi sasaran dengan 1.9 bilion operasi, Jordan dengan 1.6 bilion, Iraq (7.8 bilion), Iran (1.73 bilion) dan Pakistan (12.76 bilion). Operasi terbesar ke atas panggilan telefon menyasarkan Afghanistan dengan 21.98 bilion operasi.

India satu lagi negara mencatatkan lebih satu bilion panggilan dipantau.

AGENSI

No comments:

Post a Comment