Sunday, October 6, 2013

Kakitangan pertahanan AS diarah kembali bekerja


6 Oktober 2013

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Hampir 400,000 kakitangan bahagian pertahanan Amerika Syarikat (AS) diarahkan kembali bekerja, minggu depan.

Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan interpretasi Pay Our Military Act.

Pay Our Military Act diluluskan oleh Kongress sebelum agensi kerajaan diarah tutup.

Perbalahan bajet antara Republican dan Demokrat telah memaksa penutupan perkhidmatan Persekutuan selama lima hari.

Tetapi kini undi meluluskan gaji tunggakan untuk 800,000 pekerja Persekutuan yang dihantar pulang tanpa gaji.

Dewan Rakyat semalam meluluskan 407-0, undang-undang untuk membayar gaji kakitangan awam selepas arahan penutupan berakhir.

Namun, masih lagi tiada apa-apa tanda perbincangan berhubung bajet Persekutuan.

Republican yang mengawal Dewan Rakyat menolak untuk meluluskan bajet dan hanya akan melakukannya jika dana sistem kesihatan Presiden, Barack Obama ditangguhkan atau dihentikan.

No comments:

Post a Comment