Tuesday, October 8, 2013

Pemberi maklumat mati ditembakdi Narathiwat



ANGGOTA-ANGGOTA keselamatan meninjau tempat bekas anggota pemisah Mohammad Rita-uden Tarasi diseranghendap di Daerah Rueso, dalam wilayah Narathiwat padaSabtu lalu.


BANGKOK - Seorang pemberi maklumat yang membocorkan lokasi persembunyian kumpulan pemisah kepada pihak berkuasa mati ditembak di Wilayah Narathiwat, selatan Thailand kelmarin.
Dia dibunuh sehari selepas serbuan pasukan keselamatan melakukan satu serbuan yang menyebabkan empat anggota pemisah terbunuh.
Pemberi maklumat tersebut, Mohammad Rita-uden Tarasi, 35, diserang hendap semasa menunggang motosikal untuk menoreh getah di daerah Rueso, dalam wilayah Narathiwat.
Dia ditembak sebanyak dua kali dengan raifal AK- 47.
Mohammad Rita merupakan bekas anggota kumpulan pemisah di selatan Thai.
Ketua Polis Rueso, Kolonel Anothai Jindamanee berkata, pihaknya kini memburu dua suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian.
"Kami kini memburu dua lelaki, Sahudin Tohjehma dan Sofwan Sahama berhu- bung pembunuhan ini," kata seorang lagi pegawai polis, Mejar Jeneral Suchart Theerasawat.
Kedua-dua lelaki itu dipercayai merupakan komander platun pergerakan pemisah Runda Kumpalan Kecil (RKK).
Katanya, mereka dipercayai membunuh mangsa bagi membalas dendam kematian seorang lagi ketua platun RKK, Abdul Roheng Da-eso atau digelar 'Pele Hitam'.
Abdul Roheng merupakan antara empat anggota RKK yang terbunuh apabila sepasukan 50 anggota polis dan tentera menyerbu sebuah rumah di Kampung Sanae, dalam daerah Rueso pada Sabtu lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2h4yiTpdo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment