Tuesday, October 22, 2013

Tuntutan Sabah tidak berakhir


MANILA 21 Okt. - Timbalan Jurucakap Pejabat Presiden Filipina, Abigail Valte (gambar) berkata, kematian Ketua Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III semalam, tidak bermakna tuntutan keluarga itu yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu ke atas Sabah akan berakhir.
Kajian berhubung rancangan Kesultanan Sulu untuk mendapatkan Sabah akan berterusan, katanya ketika ditanya tentang rancangan kerajaan ke atas tuntutan Sabah selepas kematian Jamalul dalam temu bual dengan radio dzRB, semalam.
Valte memberitahu radio dzRB bahawa 'soalan itu mengandaikan tuntutan ke atas Sabah hanya dibuat oleh seorang sahaja, tetapi pada hakikatnya itu adalah tidak benar'.
Beliau dalam pada itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Jamalul daripada Malacanang.
Jamalul yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan Sulu, meninggal dunia awal semalam akibat kegagalan fungsi organ.
Dalam pesanan terakhir kepada pengikutnya, Jamalul menggesa pengikutnya meneruskan usaha menuntut Sabah.
Namun, isterinya, Fatima Kiram, menegaskan itu tidak bermakna keganasan akan berulang kerana mereka bersedia berunding dengan kerajaan Malaysia. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131022/lu_05/Tuntutan-Sabah-tidak-berakhir#ixzz2iQWqxkvR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment