Wednesday, November 27, 2013

Kerjasama isu orang hanyut pula digantung


Sebahagian daripada 57 pencari suaka dari Asia Barat, bersesak-sesak di dalam sebuah bot ketika dalam perjalanan dari Indonesia ke Pulau Christmas, Australia, pada 15 November lalu. - AGENSI
JAKARTA 25 Nov. - Polis Indonesia menggantung kerjasama dengan pihak berkuasa Australia berhubung isu pencari suaka politik ekoran pertikaian diplomatik yang dicetuskan Canberra kerana mengintip pemimpin republik ini.
Penggantungan kerjasama itu sekali gus mungkin menyebabkan peningkatan 'orang hanyut' yang kebanyakannya berasal dari Asia Selatan dan Asia Tengah cuba menuju ke Australia melalui Indonesia.
Ketua Polis Negara, Jeneral Sutarman semalam berkata, pihaknya mendapat arahan itu daripada Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono dan enggan mengulas lanjut.
"Buat masa ini, kerjasama dengan Australia berhubung isu pencari suaka politik dihentikan dan saya masih menunggu arahan lanjut daripada Presiden," jelasnya.
Bagaimanapun Polis Persekutuan Australia gagal dihubungi untuk mengulas lanjut perkara tersebut.
Sebelum ini, Jakarta membekukan kerjasama ketenteraan serta perisikan, manakala sebuah syarikat Indonesia, PT Rajawali Nusantara Indonesia (RNI) turut menangguhkan rundingan dengan penternak lembu Australia selepas isu kepercayaan dibangkitkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131126/lu_07/Kerjasama-isu-orang-hanyut-pula-digantung#ixzz2loxTFPjx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment