Thursday, December 19, 2013

Konflik Rabaa TV

Konflik Rabaa TV 19 Disember 2013
Rabaa TV suara sebenar pengikut IM dan penduduk Mesir. 

 ISTAMBUL - TURKI. Pelancaran saluran televisyen milik penyokong Ikwanul Muslimin (IM), Rabaa TV didakwa mengeruhkan lagi hubungan Turki dan Mesir.

Saluran Rabaa TV yang berpangkalan di Turki itu juga dikatakan berbaur sindiran terhadap sebilangan penduduk Mesir.

Media Al Monitor melaporkan kepada agensi, sejak dilancarkan, saluran berkenaan mendapat rating tertinggi.

“Saluran berkenaan digunakan sebagai platform penyampai maklumat oleh IM buat pengikut Presiden yang digulingkan Mohamed Mursi. Ia juga sebagai satu simbol kebebasan bersuara, penghormatan dan keadilan dalam Islam,” memetik laporan itu.

Laporan menambah, kewujudan saluran berkenaan adalah sebagai pengganti stesen Misr25 yang diharamkan di Mesir ketika penggulingan Mursi Julai lalu.

Sementara itu, stesen televisyen rasmi Mesir TV akan menayangkan drama bersiri Cina pertama di negara itu.

Agensi Xinhua melaporkan, Duta Besar China ke Mesir Song Aiguo berkata, pihaknya akan melancarkan drama Jin Tailang  Happy Life yang mempunyai 40 episod dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment