Saturday, December 14, 2013

Terima padah!

Terima padah!14 Disember 2013
SEORANG pemandu lori konkrit bertindak menyimen sebuah kereta kerana berang selepas pemandu kereta terbabit berdegil enggan mengalihkan kenderaan berhampiran kawasan pembinaan di Belo Horizonte, Brazil.

Menurut  Daily Mail, sebelum kejadian, pekerja dipercayai meminta pemilik kenderaan itu supaya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan, namun arahan tidak diendahkan dan dia berlalu pergi.

Sekembalinya ke kereta, pemandu tersebut terkejut selepas mendapati keretanya disimen dan menjadi sebahagian daripada kawasan kaki lima.

Perkataan 'memudahkan' turut ditulis di tingkap kereta itu.

No comments:

Post a Comment