Monday, January 6, 2014

Tunisia tolak undang-undang Islam

Tunisia tolak undang-undang Islam6 Januari 2014

Ahli Parlimen bersepakat menolak perundangan Islam bagi mengelakkan kebangkitan rakyat.

TUNIS - TUNISIA. Ahli Parlimen Tunisia semalam sebulat suara menolak undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara itu selepas gagal mendapat pungutan suara sebelum Perlembagaan diwartakan.

Media tempatan melaporkan dalm AFP, Islam masih kekal sebagai agama rasmi dengan menjanjikan kebebasan bersuara.

“Seorang ahli Parlimen menolak cadangan itu apabila tetap berkeras ingin menjadikan perundangan Islam sebagai undang-undang rasmi,” menurut laporan itu.

Kelmarin, Majlis Perlembagaan Negara menerima pakai 12 daripada 146 artikel untuk kelulusan piagam 14 Januari ini.

Tunisia mengalami krisis politik dan kebangkitan rakyat hingga tercetusnya Arab Spring sejak tahun lalu. 

No comments:

Post a Comment