Friday, March 7, 2014

Crimea mahu sertai Persekutuan Rusia

Crimea mahu sertai Persekutuan Rusia
Askar Ukraine berkawal di Pangkalan Tentera Belbek di Crimea. Foto: EPA 
7 Mac 2014

SEVASTOPOL - UKRAINE. Ahli Parlimen Crimea sebulat suara mengundi untuk menyertai Persekutuan Rusia dan akan mengadakan undi referendum 16 Mac ini untuk menentukan masa depan Crimea.

Mereka juga akan meminta Moscow untuk mengkaji semula permintaan itu.

Ahli Parlimen Crimea Sergei Shuvainikov berkata, keputusan itu sebagai tindak balas terhadap krisis di Kiev.

“Biarkan kami menentukan sendiri masa depan Crimea. Negara luar tidak perlu masuk campur,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Baharu Ukraine, Arseniy Yatsenyuk berpendapat, Crimea harus dikekalkan sebagai sebahagian daripada Ukraine dan akan diberi lebih kuasa tempatan.

Yatsenyuk turut menafikan laporan bahawa Ukraine sedang berunding dengan Amerika Syarikat (AS) untuk penempatan pertahanan peluru berpandu di negara itu.

“Kami berunding dengan AS sebagai pertukaran kepada bantuan kewangan AS adalah tidak berasas,” katanya kepada Al Jazeera.

Menurutnya, krisis di Crimea tidak hanya mengancam keselamatan Ukraine, malah turut menggugat dunia keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment