Monday, March 10, 2014

Disatukan keluarga selepas 30 tahun


Beliau yang kini dikenali sebagai Shafie Uda ditemukan dengan keluarganya di Kampung Rantau Panjang di sini hari ini, hasil usaha yang dilakukan Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Beserah Sungai Karang (Bakkiss). 
Bakkis mengesan keluarga warga emas ini setelah menjejaki dua anaknya Buang Shafie, 55, dan Fadzir, 53, yang masih mengenali bapa mereka. 

Shafie yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dikenali sebagai Ismail Mohamad Said, 70-an, sepanjang beliau menetap di Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan sebelum ini.
Foto
Shafie dipertemukan dengan dua anaknya Buang (duduk, kanan) dan Fadzir (berdiri, dua kanan). FOTO Bernama

Menurut Fadzir, bapanya dikhabarkan telah meninggal dunia sejak 47 tahun lalu, ketika beliau berusia 6 tahun.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Bakkiss atas usaha mereka, kerana jika bukan kerana usaha mereka, pasti saya tidak akan bertemu dengan bapa kandung saya yang telah kami fikirkan telah lama meninggal dunia," katanya. 

Buang pula berkata bapanya akan ditumpangkan sementara di rumah ibu saudaranya, sementara mereka membaik pulih semula rumah pusaka peninggalan arwah ibu mereka. 

Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh berkata pihaknya berusaha mengesan anggota keluarga Shafie sejak seminggu lepas. 

"Usaha Bakkis seumpama ini akan diteruskan bagi memastikan tiada lagi masalah insan terpinggir di Pahang," katanya. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/10

No comments:

Post a Comment