Monday, March 17, 2014

Penduduk Crimea undi referendum

Penduduk Crimea undi referendum
 Penduduk Crimea mengundi untuk memilih hak kerakyatan. 
17 Mac 2014

SIMFEROPOL - UKRAINE . Penduduk Crimea melaksanakan undi referendum, sungguh pun mendapat kritikan hebat dari Barat.

Kira-kira 1.5 juta pengundi berdaftar berbuat demikian bagi memilih untuk meninggalkan Ukraine atau menjadi sebahagian daripada Rusia.

Keputusan pengundian dijangka diperoleh 12 jam selepas pusat mengundi ditutup.

Media menyifatkan, pengundian itu dilakukan bertujuan untuk bersatu semula dengan Rusia.

Terdapat dua pilihan dalam referendum tersebut iaitu adakah mereka memihak kepada penyatuan semula Crimea dengan Rusia sebagai sebahagian daripada Persekutuan Rusia atau adakah mereka memihak Perlembagaan 1992 iaitu meletakkan status Crimea sebagai sebahagian daripada Ukraine.

Terdahulu, Kiev dan Barat mengecam cadangan referendum itu dan menyifatkannya sebagai haram namun ia mendapat sokongan kuat dari Moscow, dipetik dari laporan Press TV.

No comments:

Post a Comment