• 40,000 tentera Rusia berundur  Puluhan ribu tentera Rusia didakwa telah berundur dari sempadan Ukraine.

MOSCOW - RUSIA . Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tentera mereka yang berada di sempadan Ukraine supaya kembali ke pangkalan masing-masing.

Semalam, agensi berita Interfax melaporkan kira-kira 40,000 askar telah bersedia untuk berundur.

Sementara itu, pengawal sempadan mengesahkan aktiviti ketenteraan Rusia di sempadan telah berkurangan, namun Amerika Syarikat dan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) masih ragu-ragu dengan tindakan drastik Moscow tersebut.

"Kebanyakan tentera Rusia telah membuka khemah dan menyimpan bekalan senjata mereka," menurut satu laporan.

Difahamkan, tindakan positif itu dipercayai dapat meredakan ketegangan menjelang pilihan raya presiden di Kiev yang akan berlangsung pada Ahad ini, dipetik dari laporan AFP.