Sunday, May 25, 2014

AS gantung bantuan ketenteraan Thailand


WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggantung bantuan ketenteraan kepada Thailand yang bernilai AS$3.5 juta (RM11.24 juta).
Tindakan itu dilakukan selepas pihak tentera melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, Washington turut mengkaji semula bantuan lain kepada Thailand.
"Kami telah pun menggantung kira-kira AS$3.5 juta dalam bentuk dana dan latihan kepada tentera Thai," katanya kepada pemberita.
Harf juga berkata, pihaknya sedang mengkaji peruntukan untuk badan-badan antarabangsa termasuk pakatan ASEAN yang disertai Thailand bagi mengetahui jumlah wang yang disalurkan ke negara itu.
Menurutnya, AS mendesak pemulihan pemerintahan awam dilakukan dengan segera di Thailand. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0525&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz32g1vqtSL 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment