Monday, May 19, 2014

Kerana Wilders Belanda merana


Dekri diraja yang diumumkan dewan perniagaan Mekah itu mengatakan: “Firma Belanda diharamkan mengambil bahagian dalam sebarang projek di masa depan di negara ini, sama ada secara langsung atau melalui subkontrak.” 
Jumlah visa dikeluarkan untuk syarikat dan pelabur Belanda juga dikurangkan bagi mereka yang tidak terbabit dalam projek di negara itu. 

Selain itu, lawatan delegasi perdagangan kedua-dua negara turut dihentikan.
Foto
GEERT Wilders

November lalu, Geert Wilders yang terkenal dengan sikap anti-Islam mencetak pelekat ala bendera Arab Saudi.

Wilders kemudian mengganti dua kalimah syahadah pada bendera berkenaan dengan kata-kata yang menghina Islam, Nabi Muhammad SAW dan al-Quran. 

Jurucakap kementerian luar Belanda Friso Wijnen berkata, Arab Saudi menganggap perbuatan Wilders satu penghinaan dan ini boleh memberi kesan terhadap hubungan dagang dua negara itu. 

Kerajaan Belanda ketika itu tidak menyatakan sebarang sokongan terhadap tindakan Wilders malah menegaskan dia bukan sebahagian daripada kerajaan - bererti pandangannya juga tidak menggambarkan pendirian negara itu. 

Wilders dibebaskan daripada tuduhan menghasut kebencian pada 2011 selepas kenyataannya ditujukan terhadap agama dan bukannya kumpulan etnik. 

Mac lalu, dia berjanji dalam kempen pilihan raya tempatan untuk mengurangkan bilangan orang Maghribi di Belanda. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/19

No comments:

Post a Comment