Thursday, June 26, 2014

Korea Utara larang tayang The Interview



AFP
GAMBAR tanpa tarikh yang disiarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) semalam menunjukkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (depan) memeriksa tapak pembinaan sebuah rumah anak yatim di Pyongyang.


PYONGYANG - Korea Utara memberi amaran bahawa penyiaran filem komedi terbaharu Amerika Syarikat (AS) tentang komplot untuk membunuh pemimpinnya, Kim Jon-un merupakan satu tindakan perang.
Seorang jurucakap Kementerian Korea Utara menyatakan semalam bahawa AS akan berdepan tindak balas yang tegas dan kejam sekiranya tidak menghalang penayangan filem itu.
Jurucakap berkenaan tidak menyebut nama filem tersebut tetapi beliau jelas merujuk kepada The Interview yang dibintangi oleh Seth Rogen dan James Franco.
"Penayangan filem itu akan dianggap sebagai tindakan berperang dan tidak boleh diterima," katanya.
Korea Utara kerap menyalahkan kerajaan asing berhubung kandungan negatif media mengenai negara komunis itu.
Pyongyang pernah memberi amaran kepada Seoul supaya menghalang akhbarnya daripada memperlekeh atau mengkritik kepimpinan Jong-un.
Beberapa selingan filem tersebut telah diterbitkan dengan ia dijadual ditayangkan di pawagam seluruh AS pada Oktober depan.
Bapa Jong-un iaitu mendiang Kim Jong-II merupakan seorang peminat filem. Beliau pernah mengarahkan penculikan pengarah dan penerbit Korea Selatan, Shin Sang-ok pada 1978.
Sang-ok menghabiskan masa beberapa tahun menerbitkan filem untuk Jong II sebelum berjaya melarikan diri. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz35hGb0Z2Y 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment