Thursday, June 19, 2014

Lelaki 248kg keluar rumah


Hang Hang, 20, tidak mampu meninggalkan rumahnya di wilayah Liaoning kerana saiz terlalu gemuk. 
Hang yang ketagih makanan bergula seperti pankek, akhirnya berjaya keluar dari rumahnya dengan bantuan anggota bomba.

Untuk mengangkatnya keluar, dia dibawa turun dengan mengguna cadar tebal menerusi tangga dan diangkat oleh sembilan anggota bomba.
Foto
SEMBILAN anggota bomba membantu mengangkat Hang keluar dari rumahnya, pertama kali dalam masa tiga tahun.

Berikutan kejayaan itu, Hang dapat menikmati udara segar di atas katil yang dibuat khas untuknya, buat pertama kali selepas 36 bulan terkurung di dalam rumah.

Misi ‘menyelamat’ berkenaan dianjurkan oleh sebuah media tempatan yang terbabit melancarkan kempen membantunya supaya dapat menghirup udara segar.

Ibu Hang memberitahu wartawan, anaknya sejak dulu lagi berdepan dengan masalah berat badan.

Pada usia 17 tahun, beratnya mencapai 146 kilogram.

Beratnya bertambah dan tidak dapat dikawal, meningkat dari 146 kilogram hingga 248 kilogram sejak tinggal bersama-sama ibunya tiga tahun lalu, menyebabkan dia terperangkap di dalam rumah.

Ibunya berkata, untuk sekali makan, Hang boleh menghabiskan 10 pankek, satu mangkuk besar bubur dan sayur.

Bulan lalu seorang lelaki warga Mexico yang pernah disenaraikan sebagai ‘manusia paling berat di dunia’ mati pada usia 48 tahun.

Manuel Uribe yang beratnya 552 kilogram hanya menghabiskan sisa hidupnya di atas katil.

Bagaimanapun, Uribe berjaya mengurangkan beratnya sebanyak 387 kilogram selepas dinobatkan sebagai manusia paling gemuk oleh Rekod Dunia Guinness pada 2006.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

No comments:

Post a Comment