Saturday, June 28, 2014

Siap sempena Ramadan


Lokasi itu diperiksa Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, kelmarin. 
“Aras pertama dan bawah sudah siap 100 peratus dan kini boleh digunakan jemaah, malah dilengkapi lif serta tangga automatik. Sementara itu, aras kedua pula sudah siap 80 peratus,” katanya, semalam. 

Fasa kedua membabitkan bahagian timur mataf dan merangkumi Bab al-Fatah hingga Bab al-Umrah. Kerja-kerja dijalankan 24 jam sehari di bawah seliaan pegawai kanan syarikat Saudi Binladin Group.
Foto
KAWASAN mataf ketika masih dalam pembinaan November tahun lalu.

Ia dijangka merangkumi kawasan 25,000 meter persegi, iaitu hampir dua kali ganda saiz fasa pertama dan dapat menampung sehingga 75,000 jemaah sejam, kata seorang pegawai kanan.

Laluan lama turut dirobohkan dan dibina semula untuk memudahkan pergerakan jemaah di kawasan mataf. 

Kerja-kerja pengubahsuaian itu akan dihentikan selama hampir empat bulan bagi memberi laluan kepada jumlah jemaah yang akan meningkat bermula Ramadan sehingga musim haji. 

Kapasiti kawasan mataf dianggarkan dapat ditingkatkan dari 50,000 jemaah sejam kepada 130,000 orang selepas siap kelak. Projek Peluasan Raja Abdullah yang bernilai lebih SR100 bilion (RM85.6 bilion) bertujuan menambah kapasiti masjid berkenaan untuk menampung sehingga lebih dua juta jemaah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/28

No comments:

Post a Comment