Sunday, July 6, 2014

Permintaan Sharifah Aini tertunai



ALIFF OMAR mengimamkan solat jenazah Allahyarham Sharifah Aini di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia semalam selepas beberapa hari meluahkan perasaan kepada rakan-rakannya di laman sosial Facebook bahawa ajalnya sudah hampir sampai.
Jenazah Biduanita Negara itu yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pukul 11.30 pagi dan disemadikan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 1.26 pagi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lepas kerana kesukaran bernafas.
Apa yang pasti, permintaan terakhir Allahyarham mahu disemadikan bersebelahan kubur sahabat baiknya, Allahyarham Hasanah yang meninggal dunia tahun lalu akhirnya tertunai.
Allahyarham yang meninggal dunia tiga hari selepas hari ulang tahun kelahirannya pada 2 Julai lalu turut meminta kain kafan penutup mukanya tidak diselak, gambar jenazahnya tidak dirakamkan untuk tatapan umum dan anak tunggalnya, Aliff Omar Ali menjadi imam solat jenazahnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz36dpk08Fi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment