Sunday, August 10, 2014

Jepun peringati peristiwa bom atom di Nagasaki



SEJUMLAH burung merpati terbang di sekitar lokasi majlis memorial mangsa bom atom yang berlangsung di Taman Keamanan Nagasaki, Jepun semalam.


NAGASAKI - Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di Jepun untuk memperingati ulang tahun ke-69 serangan bom atom Amerika Syarikat (AS) ke atas bandar ini semalam.
Orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada lebih 70,000 orang yang maut dalam letupan awal dan impak susulan bom tersebut.
Upacara itu diadakan berhampiran lokasi AS bom yang diberi nama Fat Man itu digugurkan di sini pukul 11.02 pagi pada 9 Ogos 1945.
Jepun menyerah diri enam hari kemudian sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Pengeboman Nagasaki turut berlaku tiga hari selepas letupan bom atom pertama menggegarkan bandar Hiroshima yang meragut 140,000 nyawa. - AFP

No comments:

Post a Comment