Saturday, August 2, 2014

Pas nafi berita keluar pakatan pembangkang


KUALA LUMPUR 1 Ogos - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan yang disebarkan di laman sosial kononnya Mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat telah memutuskan keluar daripada pakatan pembangkang.
Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.
“Mana ada Pas adakan mesyuarat malam ini, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang golongan ulama itu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Berita itu tersebar selepas pemilik akaun Facebook, Wan Indra Putra Ahmad menaikkan status terkini yang kononnya Pas mahu keluar dari pakatan pembangkang sejam yang berlalu.
“Terkini, mesyuarat Dewan Ulama Pas Pusat yang berlangsung sebentar tadi telah buat ketetapan bahawa Pas (Parti SeIslam Malaysia) umum keluar Pakatan Rakyat.
“Rujukan Presiden Parti, takbir takbir takbir, Nuar mengelupur beb," katanya.
Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.
“Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat Pas. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140802/dn_01/Pas-nafi-berita-keluar-pakatan-pembangkang#ixzz39BIUD2Ze
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment